MPU 23012 PENGAJIAN ISLAM
TAJUK : PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG DALAM KALANGAN PELAJAR IPT
NAMA PENSYARAH : PUAN NORAINI BINTI NAWAWI
KELAS : DSK2B
SESI : SESI 1 2024/2025
DISEDIAKAN OLEH :
1. NUR HAFIFI SELINA BINTI ALIAS
(02DSK23F2044)
2. NUR EDDRINA SOFEA BINTI CHE RIDZUAN
(02DSK23F2024)
3. NUR 'AIN SHAHIRAH BINTI SHAMSUDIN
(02DSK23F1054)
4. WAN SYAHMI AIMAN BIN WAN MUSWADI
(02DSK23F2010)
ISI KANDUNGAN
1. PENGENALAN
2. OBJEKTIF KAJIAN
3. DEFINISI
4. CONTOH-CONTOH BARANG TERLARANG
5. FAKTOR-FAKTOR
6. KESAN-KESAN
7. CARA MENGATASI
8. KESIMPULAN
9. RUJUKAN
10. LAMPIRAN
PENGENALAN
Kepentingan akhlak dalam diri anak muda zaman kini patut di pupuk kerana merekalah yang bakal mewarisi kepimpinan negara kita pada masa yang akan datang. Oleh itu, anak muda yang telah selangkah ke dunia dewasa patut kita perhatikan terutamanya isu penyalahgunaan barang terlarang dalam kalangan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) semakin membimbangkan. Fenomena ini melibatkan penggunaan dadah, alkohol, dan bahan terlarang yang lain, yang boleh menjejaskan kesihatan fizikal dan mental pelajar. Hal ini kerana, penyalahgunaan bahan terlarang itu boleh menyebabkan mereka ketagih dan memabukkan sehingga mereka perlu bergantung dengan bahan terlarang tersebut. Pelbagai usaha yang telah dilakukan untuk membendung dan juga mencegah isu ini sebelum ianya berleluasa serta meningkatkan kes penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan pelajar di negara kita.
OBJEKTIF KAJIAN Kajian objektif penyalahgunaan barang terlarang dalam kalangan pelajar IPT bertujuan untuk memahami punca, kesan, dan cara menangani masalah ini. Berikut adalah beberapa aspek yang boleh kita terokai:
1. Definisi- Mengenalpasti definisi sebenar dalam penyalahgunaan barang terlarang, jenis-jenis dan cabang bahan-bahan untuk mencipta barang terlarang.
2. Mengenal Pasti Faktor Penyebab- Menganalisis faktor-faktor yang mendorong pelajar terlibat dalam penyalahgunaan, seperti tekanan rakan sebaya, masalah mental, atau kesedaran yang rendah tentang risiko.
3. Menilai Impak- Meneliti kesan penyalahgunaan terhadap prestasi akademik, kesihatan mental, dan sosial pelajar.
4. Penyelesaian- Mengenalpasti cara-cara mengatasi penyalahgunaan barang terlarang dalam kalangan pelajar IPT.
DEFINISI Penyalahgunaan bahan terlarang sering dikaitkan dengan remaja terutamanya pelajar IPT. Hal ini berlaku oleh kerana beberapa faktor yang menyebabkan golongan remaja dan pelajar IPT terjerumus dalam penyalahgunaan bahan-bahan terlarang. Bahan-bahan terlarang ini menyebabkan ketagihan kepada penggunanya dan sekaligus memudaratkan kesihatan dan keupayaan seseorang.
Penyalahgunaan bahan terlarang akan mempengaruhi fizikal, mental,emosi dan psikologi seseorang. Jadi tidak hairanlah kenapa ia amat berbahaya. Pada era ini, bahan-bahan terlarang amat mudah didapati oleh pelajar kerana banyak sindiket yang dijalankan di serata tempat termasuklah di dalam IPT. Sesetengah bahan terlarang dijual dengan harga yang murah dan mampu dibeli oleh pelajar.
Selain itu, sesetengah bahan digunakan untuk tujuan perubatan dan ia disalahgunakan oleh sesetengah pihak dengan mengambilnya secara berlebihan dan seterusnya menyebabkan mereka menjadi khayal.
Antara contoh-contoh penyalahgunaan bahan terlarang ialah dadah,rokok,daun ketum, gam/aerosol, arak dan ubat batuk.
CONTOH-CONTOH BARANG TERLARANG
1. DADAH Dadah ini merupakan suatu bahan kimia yang amat berbahaya kepada pelajar IPT yang telah menggunakannya. Dadah ini boleh mengubah cara minda seseorang berfungsi secara tidak formal. Malah dadah ini akan menjadi semakin bahaya jika diambil secara berlebihan tanpa mengikut sukatan yang telah diberikan secara tidak terkawal. Dadah ini mudah mempengaruhi golongan remaja terutamanya pelajar IPT kerana mereka gemar untuk mencuba sesuatu yang baharu. Mereka akan dipengaruhi oleh rakan sebaya yang telah terlibat dengan masalah ini dan mereka sanggup untuk melakukan apa apa sahaja demi dadah.
Contohnya, apabila pelajar IPT itu telah ketagih dengan dadah, mereka sanggup membunuh atau mencederakan orang sekeliling bagi mendapatkan sepeket dadah sahaja. Malah, dadah ini akan menjadikan pelajar IPT lebih mudah terlibat dengan aktiviti pencurian kerana memerlukan duit.
Disamping itu, jenis dadah yang kebiasaannya diambil oleh pelajar IPT ialah syabu, kokain dan ganja. Dadah ini adalah suatu perkara yang sangat sukar dipulihkan untuk semua individu yang terlibat kerana ia amat memerlukan sokongan moral daripada orang sekeliling.
2. ROKOK Rokok adalah suatu bahan yang akan menyebabkan gangguan kesihatan kepada individu antaranya mereka akan mengalami masalah pernafasan dan juga kerosakan paru-paru. Pada masa kini, masalah pengambilan rokok ini banyak melibatkan pelajar IPT dan ia merupakan suatu gejala keruntuhan akhlak. Seterusnya, masalah ini adalah berpunca daripada rakan sebaya. Mereka mudah terpengaruh dengan kawan-kawan terdekat dan bagi mereka ia adalah suatu kepuasan apabila melibatkan diri dalam masalah rokok ini. Seterusnya, penampilan diri mereka akan berubah terutamanya pada kulit, gigi dan rokok. Rokok ini memberi banyak kesan negatif yang buruk kepada pelajar IPT ini.
Malah, rokok ini juga memberi kesan kepada otak. Hal ini kerana, pelajar IPT yang menghisap rokok mudah ketagih dengan rokok kerana mempunyai kandungan nikotin. Nikotin ini mampu membuatkan seseorang itu mempunyai rasa gembira kerana ciri-ciri nikotin ini adalah untuk meningkatkan mood seseorang. Ini adalah punca mengapa pelajar IPT ini tidak dapat mengelakkan diri daripada pengambilan rokok dan mereka semakin ketagih akan rokok tersebut.
3. DAUN KETUM Daun ketum ialah sejenis daun herba yang digunakan secara tradisional untuk merawat penyakit, tetapi ia telah disalahgunakan oleh sesetengah pihak. Daun ketum disalahgunakan apabila ia dicampur dengan bahan seperti tembakau, alkohol, kafein, pil khayal dan ubat batuk. Selain itu, campuran bahan-bahan kedalam air ketum ini akan menyebabkan orang yang meminumnya menjadi khayal, otak menjadi perlahan dan berhalusinasi.
4. GAS / AEROSOL Gam ialah sebahagian daripada dadah jenis inhalan atau pelarut manakala aerosol ialah penyembur yang digunakan untuk membunuh serangga. Kedua-dua bahan ini mempunyai bau yang amat kuat dan menghayalkan. Hal ini kerana, menghidu gam dan aerosol boleh menyebabkan seseorang itu menjadi resah, fikiran bercelaru, terhoyong hayang dan sebagainya.
5. ARAK Arak adalah suatu minuman yang mengandungi alkohol, iaitu minuman keras. Definisi ini adalah berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Definisi ini adalah bertepatan dengan pendapat Dr, Yusof al-Qaradhwi yang telah mendefinisikan arak itu adalah minuman yang memabukkan dan dibuat daripada biji-bijian atau buah-buahan yang diproses sehingga mencapai kadar alkohol yang memabukkan.
Kesan pengambilan arak kepada pelajar IPT ialah mereka tidak dapat fokus dalam pengajian mereka dan menyebabkan mereka lupa matlamat mereka di institusi tinggi ini. Malah arak ini juga akan menyebabkan prestasi pelajar terganggu sehinggakan mereka terpaksa diberhentikan kerana keputusan yang kurang memuaskan.
6. UBAT BATUK Ubat batuk mengandungi bahan jenis kodein iaitu sejenis dadah. Oleh itu, jika pengambilan ubat batuk secara berlebihan akan memberi kesan narkotik. Ubat batuk mudah didapati dengan harga murah. Selain itu, dadah ini sukar dibezakan dengan warna minuman lain seperti kpi. Jadi, ia sukar untuk mengenalpasti jika seseorang itu terlibat dengan pengambilan ubat batuk secara berlebihan. Seterusnya ubat batuk yang diambil secara haram (tanpa nasihat doktor) akan diletakkan di dalam bungkusan minuman biasa atau botol minuman bikarbonat. Ketagihan pengambilan ubat batuk secara berlebihan akan mempengaruhi mental, berasa mengantuk dan pening. Hal ini juga boleh menyebabkan pelajar IPT susah untuk fokus dalam menyiapkan assignment dan sebagainya.
FAKTOR-FAKTOR Penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan pelajar di institut pengajian tinggi adalah satu isu serius yang berpunca daripada beberapa faktor utama, antaranya tekanan masalah, pengaruh rakan sebaya, dan kelalaian ibu bapa. Tekanan yang dihadapi pelajar, seperti beban akademik, masalah kewangan, dan isu peribadi, sering menjadi sebab mereka terjerumus dalam penyalahgunaan bahan terlarang untuk mengurangkan stres. Mereka melihat bahan ini sebagai jalan pintas untuk melupakan masalah, walaupun kesan negatifnya lebih besar. Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga memainkan peranan penting. Pelajar yang bergaul dengan individu yang terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan cenderung untuk turut serta kerana ingin diterima dalam kumpulan tersebut. Mereka mungkin merasakan tekanan sosial untuk mencuba dan mengikuti gaya hidup yang sama dengan rakan-rakan. Kelalaian ibu bapa dalam membimbing dan memantau anak-anak turut menyumbang kepada masalah ini. Apabila ibu bapa kurang memberikan perhatian atau sokongan emosi yang diperlukan, pelajar mungkin mencari pengaruh di luar rumah, termasuk pengaruh negatif. Sikap ambil mudah ibu bapa terhadap perubahan tingkah laku anak-anak boleh menyebabkan mereka terjerumus dalam aktiviti berbahaya ini. Kesimpulannya, tekanan masalah, pengaruh rakan sebaya, dan kelalaian ibu bapa adalah faktor-faktor yang sering mendorong pelajar terlibat dalam penyalahgunaan bahan terlarang. Semua pihak, termasuk ibu bapa, pihak institusi, dan pelajar sendiri, perlu bekerjasama dalam mengatasi masalah ini demi masa depan yang lebih cerah.
KESAN-KESAN Penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi memberi kesan yang sangat buruk bukan sahaja kepada diri pelajar sendiri, tetapi juga kepada keluarga dan masyarakat. Kesan negatif ini perlu diberi perhatian serius kerana ia boleh mengganggu kesejahteraan individu, hubungan kekeluargaan, dan keharmonian masyarakat. Dari aspek diri sendiri, pelajar yang terlibat dalam penyalahgunaan bahan terlarang akan menghadapi pelbagai masalah kesihatan fizikal dan mental. Ketagihan terhadap bahan ini boleh merosakkan organ dalaman seperti hati dan jantung, serta menjejaskan fungsi otak. Selain itu, ia turut memberi kesan kepada kestabilan emosi, menyebabkan mereka mudah mengalami kemurungan, kebimbangan, dan hilang motivasi untuk belajar atau berusaha mencapai matlamat hidup. Akibatnya, prestasi akademik pelajar ini turut merosot, yang akan memberi kesan jangka panjang kepada masa depan mereka. Dalam konteks keluarga, penyalahgunaan bahan terlarang oleh seseorang pelajar boleh mencetuskan konflik dalam kalangan ahli keluarga. Ibu bapa yang mengharapkan anak mereka berjaya dalam pelajaran dan hidup, akan merasa kecewa dan tertekan apabila mengetahui anak mereka terlibat dalam kegiatan ini. Hubungan antara ahli keluarga mungkin menjadi renggang kerana perasaan marah dan kecewa yang timbul. Selain itu, keluarga mungkin terpaksa menanggung beban kewangan yang besar untuk membantu pelajar tersebut dalam rawatan atau proses pemulihan. Situasi ini akan mengganggu kestabilan ekonomi dan emosi keluarga. Dari aspek masyarakat, peningkatan masalah penyalahgunaan bahan terlarang di kalangan pelajar IPT membawa implikasi negatif kepada keseluruhan komuniti. Kehadiran pelajar yang terlibat dalam kegiatan ini meningkatkan risiko masalah sosial seperti jenayah, pergaduhan, dan penyebaran pengaruh buruk kepada individu lain. Selain itu, apabila pelajar yang sepatutnya menjadi harapan negara gagal menyumbang secara positif kepada pembangunan masyarakat, ia memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi dan sosial negara. Masalah ini turut menggugat keharmonian masyarakat, menjadikan komuniti kurang selamat dan kurang produktif. Secara keseluruhannya, penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi memberi kesan buruk yang serius dari aspek diri, keluarga, dan masyarakat. Oleh itu, pelbagai pihak termasuk ibu bapa, institusi pendidikan, dan masyarakat perlu bekerjasama dalam menangani isu ini demi kesejahteraan bersama serta masa depan generasi muda dan negara.
CARA-CARA MENGATASI1. MELALUI PIHAK IPT- Mengadakan kempen tentang bahayanya pengambilan bahan terlarang di kampus-kampus dan melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah. Hal ini bertujuan untuk memberi informasi, pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat terutama golongan remaja tentang bahaya dadah dan kesedaran mereka.
- Mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti perkhemahan motivasi supaya dapat mewujudkan kerjasama di antara pelajar. Hal ini bertujuan supaya sentiasa berganding bahu bagi sama-sama membanteras isu penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa terutama di kalangan golongan remaja.
2. MELALUI PERANAN IBU BAPA
- Sentiasa memantau segala aktiviti anak-anak dan mengetahui dengan siapa anak mereka berkawan dan ibu bapa juga perlu sentiasa menanyakan tentang masalah anak yang mereka hadapi dan sentiasa memberi nasihat supaya mereka tidak membuat perkara yang negative.
- Mendidik anak-anak dengan didikan agama yang secukupnya supaya tidak mudah terpesong dan terpengaruh dengan segala masalah sosial yang berlaku kepada pelajar-pelajar.
3. MELALUI PERLAKSANAAN UNDANG-UNDANG
- Tindakan undang-undang hendaklah diperketatkan dengan mengenakan hukumanyang lebih berat kepada pengedar dan penagih dadah.
- Mengenakan hukuman gantung sampai mati kepada pengedar dadah kerana tanpa pengedar dadah ini sudah tentu penagih akan sukar memperolehi bekalan dadah.
- Mengenakan hukuman minima bagi penagih dadah jenis syabu adalah 20 tahun penjara dan 15 kali sebatan dan jika melebihi daripada 50 gram akan dikenakan hukuman gantung sampai mati manakala kesalahan bagi memakan dadah Syabu boleh dijatuhkan hukuman maksima 10 tahun penjara atau RM 20,000,00 atau kedua-duanya sekali.
KESIMPULAN Kesimpulannya, isu penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan pelajar IPT banyak memberi impak negatif pada individu itu sendiri dan masyarakat. Para remaja seharusnya bijak menggunakan peluang yang ada pada hari ini untuk tujuan kebaikan dan bukannya menyalahgunakan kemudahan tersebut. Oleh itu, ibubapa perlu memainkan peranan penting yang utama untuk mendidik anak-anak sejak kecil lagi tentang bahayanya barang-barang terlarang seperti rokok, dadah, alkohol dan sebagainya. Rakan juga perlu mengambil inisiatif dalam mendorong rakan yang lain untuk tidak melibatkan diri dalam isu penyalahgunaan barang-barang terlarang ini. Pada zaman ini remaja mudah terpengaruh dan terikut-ikut dengan budaya barat yang sering mengamalkan unsur negatif dalam penggunaan bahan terlarang ini. Hal ini mendorong remaja sekarang mudah terikut-ikut walaupun mereka tahu kesan sampingan bahan tersebut yang boleh menyebabkan kematian. Oleh itu, bahan ini lebih banyak memberi kesan yang negatif berbanding positif oleh masyarakat. Akhir sekali, pihak IPT wajar mengadakan kempen kesedaran kepada para pelajar agar dapat menjauhi diri daripada bahan-bahan terlarang yang boleh memakan diri serta mengenakan tindakan kepada mereka yang masih berdegil dan melanggar peraturan pihak IPT.
RUJUKAN- https://penyalahgunaanbahanterlarang.blogspot.com/
- https://antidadahsedunia.blogspot.com/
- https://jiwadamai.com/2024/01/25/bahana-dadah-kesan-kepada-diri-keluarga-masyarakat/
- https://fliphtml5.com/lzylt/iypl/basic
- https://dns5akpi2017.blogspot.com/2017/09/faktor-faktor-penyalahgunaan-dadah.html
LAMPIRAN
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian objektif penyalahgunaan barang terlarang dalam kalangan pelajar IPT bertujuan untuk memahami punca, kesan, dan cara menangani masalah ini. Berikut adalah beberapa aspek yang boleh kita terokai:
1. Definisi
2. Mengenal Pasti Faktor Penyebab
- Menganalisis faktor-faktor yang mendorong pelajar terlibat dalam penyalahgunaan, seperti tekanan rakan sebaya, masalah mental, atau kesedaran yang rendah tentang risiko.
3. Menilai Impak
- Meneliti kesan penyalahgunaan terhadap prestasi akademik, kesihatan mental, dan sosial pelajar.
4. Penyelesaian
- Mengenalpasti cara-cara mengatasi penyalahgunaan barang terlarang dalam kalangan pelajar IPT.
DEFINISI
Penyalahgunaan bahan terlarang sering dikaitkan dengan remaja terutamanya pelajar IPT. Hal ini berlaku oleh kerana beberapa faktor yang menyebabkan golongan remaja dan pelajar IPT terjerumus dalam penyalahgunaan bahan-bahan terlarang. Bahan-bahan terlarang ini menyebabkan ketagihan kepada penggunanya dan sekaligus memudaratkan kesihatan dan keupayaan seseorang.
Penyalahgunaan bahan terlarang akan mempengaruhi fizikal, mental,emosi dan psikologi seseorang. Jadi tidak hairanlah kenapa ia amat berbahaya. Pada era ini, bahan-bahan terlarang amat mudah didapati oleh pelajar kerana banyak sindiket yang dijalankan di serata tempat termasuklah di dalam IPT. Sesetengah bahan terlarang dijual dengan harga yang murah dan mampu dibeli oleh pelajar.
Selain itu, sesetengah bahan digunakan untuk tujuan perubatan dan ia disalahgunakan oleh sesetengah pihak dengan mengambilnya secara berlebihan dan seterusnya menyebabkan mereka menjadi khayal.
Selain itu, sesetengah bahan digunakan untuk tujuan perubatan dan ia disalahgunakan oleh sesetengah pihak dengan mengambilnya secara berlebihan dan seterusnya menyebabkan mereka menjadi khayal.
Antara contoh-contoh penyalahgunaan bahan terlarang ialah dadah,rokok,daun ketum, gam/aerosol, arak dan ubat batuk.
CONTOH-CONTOH BARANG TERLARANG
Dadah ini merupakan suatu bahan kimia yang amat berbahaya kepada pelajar IPT yang telah menggunakannya. Dadah ini boleh mengubah cara minda seseorang berfungsi secara tidak formal. Malah dadah ini akan menjadi semakin bahaya jika diambil secara berlebihan tanpa mengikut sukatan yang telah diberikan secara tidak terkawal.
Dadah ini mudah mempengaruhi golongan remaja terutamanya pelajar IPT kerana mereka gemar untuk mencuba sesuatu yang baharu. Mereka akan dipengaruhi oleh rakan sebaya yang telah terlibat dengan masalah ini dan mereka sanggup untuk melakukan apa apa sahaja demi dadah.
Contohnya, apabila pelajar IPT itu telah ketagih dengan dadah, mereka sanggup membunuh atau mencederakan orang sekeliling bagi mendapatkan sepeket dadah sahaja. Malah, dadah ini akan menjadikan pelajar IPT lebih mudah terlibat dengan aktiviti pencurian kerana memerlukan duit.
Disamping itu, jenis dadah yang kebiasaannya diambil oleh pelajar IPT ialah syabu, kokain dan ganja. Dadah ini adalah suatu perkara yang sangat sukar dipulihkan untuk semua individu yang terlibat kerana ia amat memerlukan sokongan moral daripada orang sekeliling.
2. ROKOK
Rokok adalah suatu bahan yang akan menyebabkan gangguan kesihatan kepada individu antaranya mereka akan mengalami masalah pernafasan dan juga kerosakan paru-paru. Pada masa kini, masalah pengambilan rokok ini banyak melibatkan pelajar IPT dan ia merupakan suatu gejala keruntuhan akhlak. Seterusnya, masalah ini adalah berpunca daripada rakan sebaya. Mereka mudah terpengaruh dengan kawan-kawan terdekat dan bagi mereka ia adalah suatu kepuasan apabila melibatkan diri dalam masalah rokok ini. Seterusnya, penampilan diri mereka akan berubah terutamanya pada kulit, gigi dan rokok. Rokok ini memberi banyak kesan negatif yang buruk kepada pelajar IPT ini.
Malah, rokok ini juga memberi kesan kepada otak. Hal ini kerana, pelajar IPT yang menghisap rokok mudah ketagih dengan rokok kerana mempunyai kandungan nikotin. Nikotin ini mampu membuatkan seseorang itu mempunyai rasa gembira kerana ciri-ciri nikotin ini adalah untuk meningkatkan mood seseorang. Ini adalah punca mengapa pelajar IPT ini tidak dapat mengelakkan diri daripada pengambilan rokok dan mereka semakin ketagih akan rokok tersebut.
3. DAUN KETUM
Daun ketum ialah sejenis daun herba yang digunakan secara tradisional untuk merawat penyakit, tetapi ia telah disalahgunakan oleh sesetengah pihak. Daun ketum disalahgunakan apabila ia dicampur dengan bahan seperti tembakau, alkohol, kafein, pil khayal dan ubat batuk. Selain itu, campuran bahan-bahan kedalam air ketum ini akan menyebabkan orang yang meminumnya menjadi khayal, otak menjadi perlahan dan berhalusinasi.
4. GAS / AEROSOL
Gam ialah sebahagian daripada dadah jenis inhalan atau pelarut manakala aerosol ialah penyembur yang digunakan untuk membunuh serangga. Kedua-dua bahan ini mempunyai bau yang amat kuat dan menghayalkan. Hal ini kerana, menghidu gam dan aerosol boleh menyebabkan seseorang itu menjadi resah, fikiran bercelaru, terhoyong hayang dan sebagainya.
5. ARAK
Arak adalah suatu minuman yang mengandungi alkohol, iaitu minuman keras. Definisi ini adalah berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Definisi ini adalah bertepatan dengan pendapat Dr, Yusof al-Qaradhwi yang telah mendefinisikan arak itu adalah minuman yang memabukkan dan dibuat daripada biji-bijian atau buah-buahan yang diproses sehingga mencapai kadar alkohol yang memabukkan.
Kesan pengambilan arak kepada pelajar IPT ialah mereka tidak dapat fokus dalam pengajian mereka dan menyebabkan mereka lupa matlamat mereka di institusi tinggi ini. Malah arak ini juga akan menyebabkan prestasi pelajar terganggu sehinggakan mereka terpaksa diberhentikan kerana keputusan yang kurang memuaskan.
6. UBAT BATUK
Ubat batuk mengandungi bahan jenis kodein iaitu sejenis dadah. Oleh itu, jika pengambilan ubat batuk secara berlebihan akan memberi kesan narkotik. Ubat batuk mudah didapati dengan harga murah. Selain itu, dadah ini sukar dibezakan dengan warna minuman lain seperti kpi. Jadi, ia sukar untuk mengenalpasti jika seseorang itu terlibat dengan pengambilan ubat batuk secara berlebihan. Seterusnya ubat batuk yang diambil secara haram (tanpa nasihat doktor) akan diletakkan di dalam bungkusan minuman biasa atau botol minuman bikarbonat. Ketagihan pengambilan ubat batuk secara berlebihan akan mempengaruhi mental, berasa mengantuk dan pening. Hal ini juga boleh menyebabkan pelajar IPT susah untuk fokus dalam menyiapkan assignment dan sebagainya.
FAKTOR-FAKTOR
Penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan pelajar di institut pengajian tinggi adalah satu isu serius yang berpunca daripada beberapa faktor utama, antaranya tekanan masalah, pengaruh rakan sebaya, dan kelalaian ibu bapa. Tekanan yang dihadapi pelajar, seperti beban akademik, masalah kewangan, dan isu peribadi, sering menjadi sebab mereka terjerumus dalam penyalahgunaan bahan terlarang untuk mengurangkan stres. Mereka melihat bahan ini sebagai jalan pintas untuk melupakan masalah, walaupun kesan negatifnya lebih besar.
Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga memainkan peranan penting. Pelajar yang bergaul dengan individu yang terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan cenderung untuk turut serta kerana ingin diterima dalam kumpulan tersebut. Mereka mungkin merasakan tekanan sosial untuk mencuba dan mengikuti gaya hidup yang sama dengan rakan-rakan.
Kelalaian ibu bapa dalam membimbing dan memantau anak-anak turut menyumbang kepada masalah ini. Apabila ibu bapa kurang memberikan perhatian atau sokongan emosi yang diperlukan, pelajar mungkin mencari pengaruh di luar rumah, termasuk pengaruh negatif. Sikap ambil mudah ibu bapa terhadap perubahan tingkah laku anak-anak boleh menyebabkan mereka terjerumus dalam aktiviti berbahaya ini.
Kesimpulannya, tekanan masalah, pengaruh rakan sebaya, dan kelalaian ibu bapa adalah faktor-faktor yang sering mendorong pelajar terlibat dalam penyalahgunaan bahan terlarang. Semua pihak, termasuk ibu bapa, pihak institusi, dan pelajar sendiri, perlu bekerjasama dalam mengatasi masalah ini demi masa depan yang lebih cerah.
KESAN-KESAN
Penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi memberi kesan yang sangat buruk bukan sahaja kepada diri pelajar sendiri, tetapi juga kepada keluarga dan masyarakat. Kesan negatif ini perlu diberi perhatian serius kerana ia boleh mengganggu kesejahteraan individu, hubungan kekeluargaan, dan keharmonian masyarakat.
Dari aspek diri sendiri, pelajar yang terlibat dalam penyalahgunaan bahan terlarang akan menghadapi pelbagai masalah kesihatan fizikal dan mental. Ketagihan terhadap bahan ini boleh merosakkan organ dalaman seperti hati dan jantung, serta menjejaskan fungsi otak. Selain itu, ia turut memberi kesan kepada kestabilan emosi, menyebabkan mereka mudah mengalami kemurungan, kebimbangan, dan hilang motivasi untuk belajar atau berusaha mencapai matlamat hidup. Akibatnya, prestasi akademik pelajar ini turut merosot, yang akan memberi kesan jangka panjang kepada masa depan mereka.
Dalam konteks keluarga, penyalahgunaan bahan terlarang oleh seseorang pelajar boleh mencetuskan konflik dalam kalangan ahli keluarga. Ibu bapa yang mengharapkan anak mereka berjaya dalam pelajaran dan hidup, akan merasa kecewa dan tertekan apabila mengetahui anak mereka terlibat dalam kegiatan ini. Hubungan antara ahli keluarga mungkin menjadi renggang kerana perasaan marah dan kecewa yang timbul. Selain itu, keluarga mungkin terpaksa menanggung beban kewangan yang besar untuk membantu pelajar tersebut dalam rawatan atau proses pemulihan. Situasi ini akan mengganggu kestabilan ekonomi dan emosi keluarga.
CARA-CARA MENGATASI
1. MELALUI PIHAK IPT
- Mengadakan kempen tentang bahayanya pengambilan bahan terlarang di kampus-kampus dan melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah. Hal ini bertujuan untuk memberi informasi, pengetahuan serta kefahaman kepada masyarakat terutama golongan remaja tentang bahaya dadah dan kesedaran mereka.
- Mengadakan aktiviti ko-kurikulum seperti perkhemahan motivasi supaya dapat mewujudkan kerjasama di antara pelajar. Hal ini bertujuan supaya sentiasa berganding bahu bagi sama-sama membanteras isu penyalahgunaan dadah yang semakin berleluasa terutama di kalangan golongan remaja.
2. MELALUI PERANAN IBU BAPA
- Sentiasa memantau segala aktiviti anak-anak dan mengetahui dengan siapa anak mereka berkawan dan ibu bapa juga perlu sentiasa menanyakan tentang masalah anak yang mereka hadapi dan sentiasa memberi nasihat supaya mereka tidak membuat perkara yang negative.
- Mendidik anak-anak dengan didikan agama yang secukupnya supaya tidak mudah terpesong dan terpengaruh dengan segala masalah sosial yang berlaku kepada pelajar-pelajar.
3. MELALUI PERLAKSANAAN UNDANG-UNDANG
- Tindakan undang-undang hendaklah diperketatkan dengan mengenakan hukumanyang lebih berat kepada pengedar dan penagih dadah.
- Mengenakan hukuman gantung sampai mati kepada pengedar dadah kerana tanpa pengedar dadah ini sudah tentu penagih akan sukar memperolehi bekalan dadah.
- Mengenakan hukuman minima bagi penagih dadah jenis syabu adalah 20 tahun penjara dan 15 kali sebatan dan jika melebihi daripada 50 gram akan dikenakan hukuman gantung sampai mati manakala kesalahan bagi memakan dadah Syabu boleh dijatuhkan hukuman maksima 10 tahun penjara atau RM 20,000,00 atau kedua-duanya sekali.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, isu penyalahgunaan bahan terlarang dalam kalangan pelajar IPT banyak memberi impak negatif pada individu itu sendiri dan masyarakat. Para remaja seharusnya bijak menggunakan peluang yang ada pada hari ini untuk tujuan kebaikan dan bukannya menyalahgunakan kemudahan tersebut. Oleh itu, ibubapa perlu memainkan peranan penting yang utama untuk mendidik anak-anak sejak kecil lagi tentang bahayanya barang-barang terlarang seperti rokok, dadah, alkohol dan sebagainya. Rakan juga perlu mengambil inisiatif dalam mendorong rakan yang lain untuk tidak melibatkan diri dalam isu penyalahgunaan barang-barang terlarang ini. Pada zaman ini remaja mudah terpengaruh dan terikut-ikut dengan budaya barat yang sering mengamalkan unsur negatif dalam penggunaan bahan terlarang ini. Hal ini mendorong remaja sekarang mudah terikut-ikut walaupun mereka tahu kesan sampingan bahan tersebut yang boleh menyebabkan kematian. Oleh itu, bahan ini lebih banyak memberi kesan yang negatif berbanding positif oleh masyarakat. Akhir sekali, pihak IPT wajar mengadakan kempen kesedaran kepada para pelajar agar dapat menjauhi diri daripada bahan-bahan terlarang yang boleh memakan diri serta mengenakan tindakan kepada mereka yang masih berdegil dan melanggar peraturan pihak IPT.
RUJUKAN
- https://penyalahgunaanbahanterlarang.blogspot.com/
- https://antidadahsedunia.blogspot.com/
- https://jiwadamai.com/2024/01/25/bahana-dadah-kesan-kepada-diri-keluarga-masyarakat/
- https://fliphtml5.com/lzylt/iypl/basic
- https://dns5akpi2017.blogspot.com/2017/09/faktor-faktor-penyalahgunaan-dadah.html
LAMPIRAN





